Khamis, 8 Julai 2021

Pemberian vaksin sudah melebihi 10 juta dos

 Oleh NUR HUDA MUSA

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 bagi dos pertama dan kedua melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melebihi 10 juta dos, setakat semalam.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 melalui laman Twitter menunjukkan, sebanyak 10,036,361 dos telah diberikan setakat semalam meliputi 6,999,554 bagi dos pertama, manakala 3,036,807 lengkap dos kedua.

Data daripada JKJVA juga menunjukkan, seramai 375,842 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, sekali gus mengekalkan kadar pemberian vaksin melebihi 300,000 sehari seperti yang disasarkan oleh kerajaan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 207,795 dos pertama diberikan manakala 168,047 lagi menerima dos kedua. – K! ONLINE

Tiada ulasan: