Wednesday, June 2, 2021

Tolong lah bagi moratorium automatik

Oleh Media Mulia

RAZLAN RAFII

PETALING JAYA:  Kerajaan  sewajarnya memberi moratorium automatik kepada peminjam institusi perbankan bagi mengurangkan beban mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, ini kerana ramai yang terkesan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini sehingga 14 Jun.

Pengumuman pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion semalam yang mempunyai tiga matlamat utama dan 12 inisiatif menawarkan moratorium tiga bulan tetapi bukan secara automatik.

“ Kerajaan perlu menggunakan kuasa darurat ini demi kepentingan kepada rakyat keseluruhan.

“Sekiranya sebelum ini Proklamasi Darurat, kerajaan berjaya melaksanakan moratorium automatik, kenapa pula dengan waktu yang amat memerlukan ini ia sukar untuk dilaksanakan,” ujarnya,

Beliau berkata , pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, ramai rakyat yang terkesan, bukan hanya golongan B40 malah membabitkan semua golongan kecuali mereka yang kaya raya.

“ Mana mungkin kerajaan tidak ada kuasa untuk mengarahkan Bank Negara meminta moratorium secara automatik,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

No comments: