Thursday, June 10, 2021

Polis kesan wanita bergelang 'pink' di Chemor

 BH ONLINE

Polis sedang mengesan seorang wanita memakai gelang merah jambu di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh, Perak, yang dirakam seorang individu sebelum tular di laman sosial. - Foto Google
Polis sedang mengesan seorang wanita memakai gelang merah jambu di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh, Perak, yang dirakam seorang individu sebelum tular di laman sosial. - Foto Google

IPOH: Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang merah jambu iaitu individu dalam pengawasan (PUS) COVID-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Lee Swee Sake berkata siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam.

"Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, wanita itu dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video itu.

Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan. – BERNAMA

No comments: