PETALING JAYA: Orang ramai di sekitar Lembah Klang yang memerlukan keperluan barang dapur kini boleh mencuba pembelian atas talian menerusi aplikasi My Pasar Borong.
My Pasar Borong yang beroperasi Disember tahun lalu menawarkan pelbagai barangan basah seperti daging, ayam, ikan, makanan laut, sayur-sayuran segar, buah-buahan dan sebagainya.
Menyedari beban kewangan yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat ketika negara berperang dengan pandemik Covid-19, pihak pengurusan My Pasar Borong bersikap lebih prihatin bagi memastikan setiap produk yang dijual adalah tidak membebankan pelanggan.
Malah, harga setiap produk yang ditawarkan di aplikasi My Pasar Borong adalah sama dengan harga jualan di pasar-pasar borong biasa.
Caj penghantaran My Pasar Borong juga pada kadar yang minimum kerana keutamaan mereka adalah untuk memastikan pelanggannya tidak terbeban.
Setiap barangan yang dipesan terus dihantar ke pintu rumah dan anda tidak perlu risau untuk meredah kesesakan jalan raya untuk pergi ke pasar.
Orang ramai sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur boleh memilih My Pasar Borong sebagai pilihan membeli barangan basah secara atas talian.
Aplikasi My Pasar Borong boleh dimuat turun menerusi Google Play
Store dan Apple Store, ia sangat mudah untuk digunakan. – UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan