Rabu, 30 Jun 2021

Selangor catat peningkatan kes baharu


Data 30 Jun 2021

Kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi di Selangor meningkat lagi kepada 2,836 menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu sebanyak 248,751 kes.

Semalam negeri itu merekodkan 2,299 jangkitan baharu membabitkan dua kluster komuniti dan dua kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 6,276 jangkitan baharu dikesan di seluruh negara menjadikan kumulatif kepada 751,979 kes sejak awal pandemik bermula Mac tahun lalu.

Tiada ulasan: