Rabu, 30 Jun 2021

Kaunter perkhidmatan cawangan KWSP dibuka mulai 1 Julai

Kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan KWSP di seluruh negara dibuka 
semula mulai 1 Julai dari 8.30 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan di seluruh negara mulai 1 Julai ini dari 8.30 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja melibatkan perkhidmatan terpilih.

KWSP dalam kenyataan berkata, perkhidmatan terpilih itu melibatkan urusan pengeluaran bagi ahli berusia 50, 55 dan 60 tahun; pengeluaran bagi tujuan kesihatan; pengeluaran kematian dan penyerahan arahan bayaran (PO) serta cek jurubank pengeluaran.

Katanya, langkah itu bagi memudahkan ahli yang memerlukan perkhidmatan dana persaraan itu selain mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang berurusan di cawangan.

“Ahli-ahli perlu membuat janji temu terlebih dahulu melalui kemudahan Janji Temu Online dengan melayari www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter KWSP.

“KWSP akan menghubungi ahli berkenaan untuk hadir di kaunter KWSP bagi urusan penyerahan PO dan cek jurubank untuk pengeluaran yang telah dibuat oleh mereka,” katanya.

Selain itu, ahli diingatkan untuk melakukan transaksi dalam talian menerusi i-Akaun (ahli) dan i-Akaun (majikan) untuk mempercepat serta memudahkan urusan dengan KWSP.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau dengan melayari laman sesawang.

Tiada ulasan: