Ahad, 27 Jun 2021

Lebih 7.2 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan setakat semalam

 azrulhakimie

Jumlah itu merangkumi 5,204,993 penerima vaksin dos pertama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,226,949 dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga semalam berbanding 7,039,072 dos pada hari sebelumnya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 5,204,993 penerima vaksin dos pertama dan 2,021,956 individu lagi menerima suntikan dos kedua.

“Sebanyak 187,877 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, daripada jumlah ini sebanyak 132,279 merupakan dos pertama manakala 55,598 adalah suntikan dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 268,730 diikuti Sarawak (212,978), Johor (211,797), Perak (187,852) dan Kuala Lumpur (170,621). – Bernama

Tiada ulasan: