Rabu, 30 Jun 2021

Selebriti positif dadah syabu ditahan

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

Gambar hiasan

NILAI – Seorang selebriti sensasi tanah air yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam.

“Bertindak atas maklumat penyalahgunaan dadah, seorang selebriti telah ditahan dan di bawa ke IPD Nilai untuk tujuan saringan air kencing.

“Semakan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (syabu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Tiada ulasan: