Rabu, 30 Jun 2021

Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai

fazleensafina

Perlu buat permohonan baru selepas tarikh berkenaan

KUALA LUMPUR – Tempoh kelulusan pergerakan secara one-off yang diberikan kepada pekerja sendiri yang tamat semalam, dilanjutkan hingga 7 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, sebelum ini, polis memberikan kelulusan pergerakan secara one-off kepada pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Bagi pergerakan selepas 7 Julai di bawah fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan baharu.

Tiada ulasan: