Isnin, 28 Jun 2021

K'jaan lanjut bantuan GKP, tambahan RM1,000 kepada satu juta usahawan

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.

Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).

"Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.

"Kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021," katanya.

"Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti," tambahnya.

Untuk rekod, GKP kini masuk fasa ketiga yang mula diperkenalkan pada Mac tahun lepas.

Pada GKP 1.0, sebanyak 800,000 menerima RM3,000 secara one-off. Dalam GKP 2.0 juga dikenali sebagai GKP Permai lebih 800,000 menerima RM1,000.

Sementara, di bawah GKP 3.0 kerajaan bersetuju memberikan sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan pada 31 Mei.

Terdahulu, hari ini Muhyiddin Muhyiddin mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama "Pemulih", singkatan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.

Ini pakej terbesar oleh kerajaan Perikatan Nasional sejak pakej Prihatin bernilai RM250 bilion yang diumumkan pada bulan Mac tahun lalu ketika negara mengalami kuncitara (lock down) buat pertama kali.

Pakej ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Tiada ulasan: