Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris
Psikologi, psikoterapi Islam alternatif perubatan moden Barat
TERNYATA ramai yang beranggapan bahawa penyakit mental dan depresi tidak jauh beza dengan penyakit fizikal. Sehingga rawatan yang diperlukan hanya ada pada psikiatris dan ahli psikologi.
Hanya perlu pergi hospital untuk mendapatkan rawatan dan akan sembuh.
Saya tidak menafikan kepentingan rawatan di hospital oleh pakar psikologi dan psikiatri. Dalam keadaan tertentu itulah tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Ubat-ubatan yang diberikan dapat menenangkan sementara fikirannya sesi konsultasi dapat meredakan jiwa yang sedang berkecamuk.
Namun perubatan moden (Barat) bukanlah solusi satu-satunya kepada penyakit jiwa. Dari sudut pandang Islam ia ada kekurangan dari segi memahami jiwa manusia. Apa yang diperlukan oleh jiwa yang sedang sakit bukan hanya ubat-ubatan (drug) dan sesi kaunseling, tetapi pengisian jiwa, siraman rohani, kedekatan dan keintiman dengan Tuhan.
Berbeza dengan jasad, rawatan bagi jiwa manusia mesti bersifat spiritual. Ketenangan hati hanya boleh dicapai dengan amalan-amalan spiritual. Masyarakat Barat menghadapi masalah besar, tertinggi dalam kes bunuh diri, paling banyak dalam menggunakan obat anti depresi, kerana mengabaikan rawatan rohani, keliru dan jahil tentang jiwa manusia.
Kita ada psikologi Islam dan psikoterapi Islam yang boleh dijadikan alternatif atau tambahan kepada perubatan moden Barat.
Sikap meminggirkan peranan agama dalam
mencegah, merawat dan menyembuhkan pesakit mental adalah tindakan yang
merugikan orang Islam. ISMA WEB
(*) Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris
Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan