Selasa, 29 Jun 2021

Interpol tolak permohonan notis merah terhadap Ganesparan – Abdul Jalil

Kumara Sabapatty
MGF28062021_PC-KHAS-PENGARAH-JSJ06
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan bercakap pada sidang media khas di Menara KPJ, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Interpol telah menolak permohonan notis merah yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan lelaki tempatan bernama Ganesparan Nadaraja.

Ganesparan dikehendaki dalam siasatan kes menghasut rakyat dan menghina pemimpin dan institusi diraja menerusi video bertajuk Rasis Vaccine Malaysia.

Bagaimanapun, proses rayuan akan dikemukakan semula kepada Interpol untuk membolehkan pihak berkuasa antarabangsa itu  mengeluarkan notis merah yang diperlukan untuk mendapatkan individu itu yang kini bebas di Jerman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, permohonan notis merah telah dibuat PDRM melalui surat bertarikh 22 Disember 2020 kepada Interpol.

“Jadi nak kata Interpol ini tak layan pun (permohonan) kami pun tak tahu apa statusnya disebabkan mereka mengatakan hak bersuara bagi orang ramai terpelihara dan tidak boleh dicampuri.

Tiada ulasan: