Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
Muhyiddin
selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi.
-Astro AWANI/Hasimi Muhamad
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
di Istana Negara jam 8.56 pagi, di sini, hari ini.
Pertemuan
Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu)
dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama lebih sejam.
Terdahulu,
Muhyiddin menjadi ketua parti pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong
selepas tiba di Istana Negara pada pukul 7.50 pagi.
Bagaimanapun,
seperti mana sebelum ini, ia menjadi rutin mingguan bagi Perdana
Menteri untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda mengenai
pentadbiran kerajaan dan situasi semasa negara sebelum mesyuarat Kabinet
diadakan pada Rabu.
Beberapa siri
pertemuan ketua-ketua parti politik dengan Al-Sultan Abdullah dijangka
diadakan secara berasingan di Istana Negara bermula hari ini.
Antara
pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran ialah Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada pukul 10 pagi ini.
Selain
itu, turut mengesahkan menerima perkenan menghadap ialah parti DAP,
yang akan diwakili oleh setiausahanya Lim Guan Eng pada sebelah petang.
Difahamkan, Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan diwakili Presidennya, Mohamad Sabu akan turut mengadakan pertemuan hari ini.
Setakat ini, UMNO masih belum mengesahkan sesi pertemuan dengan Seri Paduka Baginda.
Dalam
perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti
Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan menerima surat dipanggil
menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.
No comments:
Post a Comment