Rabu, 9 Jun 2021

Maklum Talian Kasih jika ada warga emas tinggal bersendirian, kata Rina

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata 
maklumat itu akan membolehkan sukarelawan atau pegawai kebajikan membuat 
pemantauan.

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun meminta anak, waris atau orang ramai yang tahu mengenai warga emas tinggal bersendirian supaya memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mereka dipantau.

Beliau dipetik Bernama berkata, ini bagi mengelak ulangan kejadian menimpa pasangan warga emas yang ditemui meninggal dunia tanpa disedari di ruang tamu rumah mereka di Pasir Gudang pada Ahad.

Beliau berkata, maklumat berkenaan boleh disalurkan melalui Talian Kasih 15999 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999.

“Kita boleh gerakkan sukarelawan untuk memantau keadaan mereka dan JKM boleh turun untuk buat pemantauan,” katanya selepas program Edaran Bakul Prihatin Titiwangsa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rina berkata pihak Talian Kasih turut menerima 1,244 panggilan berkaitan keganasan rumah tangga setakat tahun ini.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis serta Kementerian Kesihatan supaya kes seumpama itu tidak berterusan.

Subscribe to our newslett

Tiada ulasan: