Wednesday, June 2, 2021

Harga petrol RON95, diesel kekal, RON97 naik 2 sen

Harga petrol RON97 naik 2 sen manakala RON95 dan diesel kekal minggu ini.

PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON97 naik manakala RON95 dan diesel tidak berubah, kata Kementerian Kewangan hari ini.

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.61 seliter kepada RM2.63 seliter

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Harga baharu itu akan berkuat kuasa dari 3 hingga 9 Jun.

Menurut Kementerian Kewangan, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

No comments: