Oleh ZULKIFLI MANZOR
PETALING JAYA – Sebanyak dua kilang dan 11 premis perniagaan diarahkan tutup semalam kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan dilakukan kilang dan premis terbabit dikesan hasil pemeriksaan dilakukan oleh Pasukan Khas Operasi Pematuhan.
“Seperti yang diumumkan beberapa hari lepas, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran SOP yang telah diwartakan.
“Secara kumulatif Pasukan Khas Operasi Pematuhan telah melaksanakan 97,560 pemeriksaan dan `snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota 21,248.
“Pada 24 Jun 2021, pasukan itu melaksanakan 1,716 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,417 premis perniagaan. Dua kilang dan 11 premis telah diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. -K! ONLINE
No comments:
Post a Comment