Saturday, June 5, 2021

Berkorbanlah untuk 2 minggu, tutup sektor ekonomi secara total, kata Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata kita telah bereksperimen 
dengan pelbagai SOP selama lebih setahun, namun kes semakin meningkat 
dengan pelbagai ‘variant of concern’.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata usaha kerajaan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 mungkin tidak akan berhasil jika ramai tidak sanggup berkorban selama dua minggu untuk menutup seketika sektor ekonomi.

Pada 1 Jun lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 95,142 syarikat mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa PKP penuh, menjadikan hampir 20 % syarikat berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) mendapat kelulusan.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, dijangkakan jumlah itu akan bertambah yang mana secara langsung bertentangan dengan matlamat mengadakan PKP penuh.

“Semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini. Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara berpilih.

No comments: