Khamis, 3 Jun 2021

Ambil kesempatan jalan lengang untuk berlumba

 Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

Tangkap layar aksi mat rempit berlumba haram yang dipercayai dirakam di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Klip video memaparkan aksi sekumpulan mat rempit terdiri daripada empat pemuda berlumba motosikal dipercayai dirakam di Kuantan, Pahang tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 1 minit 47 saat itu dirakam kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya pada 30 Mei 2021 kira-kira pukul 7 petang yang menyaksikan pemuda terbabit menunggang motosikal di tengah-tengah jalan raya sekali gus menghalang kenderaan lain.

Kumpulan pemuda terbabit turut kelihatan tidak membenarkan kenderaan lain memotong mereka selain tidak mengendahkan usaha beberapa pemandu yang cuba memberi teguran melalui amaran hon.

Video yang kemudiannya dimuatnaik di laman Facebook dan Twitter Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Malaysian Crime Watch (MyWatch) dengan aksi berlumba MotoGP itu dikecam ramai netizen yang menyifatkannya sebagai biadap dan membayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Segelintir mat rempit ambil kesempatan jalan lengang untuk berlumba. Lokasi di Kuantan, Pahang,” kata pengendali akaun MyWatch.

“Aduh sudahlah perlahan, malulah woi kereta hon begitu saja,” perli seorang netizen – K! ONLINE

Tiada ulasan: