Khamis, 3 Jun 2021

8,209 kes baharu!! Selangor lepasi angka 3,000 hari ini

SEJAK dua hari lalu, kes harian COVID-19 kembali melepasi angka 7,000 – setelah turun pada paras 6,000 pada Ahad dan Isnin.

Walau bagaimanapun pada hari ini, kes harian COVID-19 yang dilaporkan melepasi angka 8,000.

Menurut perkongsian di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 8,209 kes dilaporkan hari ini.

Jumlah itu juga antara tertinggi pernah dilaporkan dengan rekod pada 29 Mei lalu sebanyak 9,020 kes.

Daripada data KKM hari ini, kes baru di Selangor sudah melepas angka 3,000 apabila sebanyak 3,125 penularan dilaporkan.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 801 kes, Johor (752 kes) dan Sarawak (594 kes).

Selain itu, Negeri Sembilan turut melaporkan kes melebihi angka 500 dengan 576 kes. Ini diikuti Kelantan (414) kes dan dan Perak (384).

Kedah yang mencatatkan penurunan beberapa hari lalu melaporkan pertambahan kes dengan 373 kes dilaporkan.

Semua negeri juga melaporkan kes baharu dengan paling rendah di Perlis sebanyak lima kes.

Sehingga 3 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,209 kes (595,374 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 3,125 (194,847)
Sabah – 203 (63,019)
WPKL – 801 (60,973)
Johor – 752 (60,120)
Sarawak – 594 (49,214)
Pulau Pinang – 303 (29,736)
Kelantan – 414 (29,274)
Negeri Sembilan – 576 (27,864)
Perak – 384 (21,629)
Kedah – 373 (19,801)
Melaka – 322 (12,866)
Pahang – 135 (10,139)
Terengganu – 127 (9,320)
WP Labuan – 62 (4,105)
WP Putrajaya – 33 (1,944)
Perlis – 5 (523)

Tiada ulasan: