Selasa, 11 Mei 2021

Wanita palsu dokumen hospital untuk rentas negeri

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

PENUGASAN pelbagai agensi di bawah KDN bagi memastikan pematuhan SOP Covid-19.

PETALING JAYA: Seorang wanita sanggup menggunakan dokumen palsu demi membuat permohonan rentas negeri dengan memberi alasan ibunya sedang kritikal di hospital.

Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, wanita berusia 30 tahun terbabit datang ke Balai Polis Pantai pada 3.40 petang semalam untuk membuat permohonan rentas negeri ke Terengganu dengan memberi alasan ibunya sedang sakit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mendapati semakan dokumen yang diserahkan wanita itu palsu selepas anggota polis membuat pengesahan dengan pihak hospital.

Katanya, siasatan polis mendapati suspek mengaku memalsukan dokumen Jabatan Kecemasan dan Trauma sebuah hospital di Kuala Terengganu dengan mencipta sendiri dokumen itu di rumah kakaknya di Petaling Jaya pada 9 Mei lalu.

“Suspek memuat naik borang Permit Pergerakan Rentas Negeri daripada internet dan menggunakan cap rasmi pegawai perubatan hospital tanpa pengetahuan dan keizinan.

“Suspek mengaku membuat dokumen palsu berkenaan selepas permohonan rentas negeri yang dibuat di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya pada 9 April lalu ditolak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, susulan itu salinan permohonan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan salinan dokumen hospital turut dirampas.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan suspek ditahan

Tiada ulasan: