Selasa, 4 Mei 2021

Video lelaki belasah penghantar makanan tular di media sosial

Astro Awani
Video lelaki belasah penghantar makanan tular di media sosial
Menerusi video yang dipercayai dirakam pengguna jalan raya, pelawak dan pelakon itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya. - Foto Facebook
 
KUALA LUMPUR: Video seorang lelaki memukul penghantar makanan di tepi jalan raya tular di media sosial sejak malam tadi.
 
Memetik laporan Harian Metro, video dirakam pengguna jalan raya itu menunjukkan lelaki yang dipercayai seorang pelawak dan pelakon terkenal merangkul leher penghantar makanan dan memukul kepalanya.
 
Selebriti itu juga dilihat cuba ditenangkan tiga lelaki lain daripada terus memukul penghantar makanan itu.
 
Di hujung video berkenaan juga, selebriti berkenaan kedengaran seolah memberi amaran kepada mangsa dengan nada suara yang tinggi.
 
Selebriti itu pernah didakwa kerana menumbuk muka dan menendang warga emas yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah taman perumahan di Nilai, Negeri Sembilan dua tahun lalu.
 
Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul individu terbabit.

Tiada ulasan: