Isnin, 17 Mei 2021

Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka adalah palsu, kata JKJAV

Bernama

JKJAV menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu yang tular di media sosial.

Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.

Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.

Tiada ulasan: