Selasa, 25 Mei 2021

Siapakah Latifah Abdul Latif ini?

HARAKAH DAILY
 

DIA adalah wartawan Palestin yang membuat liputan di Al-Quds sejak 2015.

Sudah berapa kali Latifah dipukul tentera zionis, ditembak, dibaling bom tangan, dimaki, ditendang?

Sudah berkali-kali.

Tapi mengapa pada Selasa baru-baru ini dia menangis teresak-esak?

Kerana waktu Latifah sedang membuat liputan, seorang tentera zionis wanita menarik tudungnya tanpa sebab.

Dia kemudian meraung minta tudungnya dikembalikan.

Terdengar jeritan itu, beberapa pemuda Palestin menolak semua tentera zionis dan membuat bulatan supaya Latifah berjaya memakai tudungnya semula.

Tapi akibatnya, tentera zionis menangkap pemuda Paalestin yang telah membelanya.

Kredit FB: Pas Jordan.

p/s: Kita wanita di Malaysia pula bagaimana? Ada yang bangga mempamerkan aurat dengan penuh senyum tawa. إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Semoga Allah Maha Rahman memberikan hidayah dan mengekalkan kita istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Amin. HARAKAHDAILY

(Tulisan ini diambil daripada Laman Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.)

Tiada ulasan: