Rabu, 19 Mei 2021

Selangor tolak PKP penuh, dakwa kadar Rt masih rendah

SHAH ALAM: Selangor menolak cadangan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negeri itu dan mendakwa ia berada pada tahap terbaik dalam pengurusan Covid-19.

Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad, ketika mempertikaikan cadangan itu berkata Selangor masih merekodkan kadar kebolehjangkitan rendah berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Pahang.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Covid-19 Selangor yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud. 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tiada ulasan: