MGF10052021__LAPORAN-POLIS-MEDAC10
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie menunjukkan laporan polis ke atas Sarawak Report berkaitan menyalah guna kuasa kelulusan grant dari Sme Corp di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie hari ini mempersoalkan laporan Sarawak Report dan Malaysia Chronicle kononnya dana SME Corp diluluskan kepada syarikat isterinya  empat tahun lepas.

Syed Hamzah menegaskan, geran berjumlah RM338,950 itu diluluskan pada tahun 2017 sedangkan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan beliau mula berkhidmat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada tahun lalu.