Sabtu, 22 Mei 2021

Operasi perniagaan 8 pagi ke 8 malam mulai Selasa Diterbitkan 22 Ma

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan penambahan SOP terhadap sektor ekonomi dalam pelaksanaan PKP 3.0.

"Aktiviti perniagaan dihadkan sehingga 8 malam. Bermula lapan pagi hingga lapan malam saja," katanya pada sidang media bersama Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas Ismail, semua SOP sekatan tambahan PKP 3.0 ini berkuatkuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 25 Mei.

SOP diperketatkan ini meliputi pusat beli-belah, kedai serbaneka, gerai, dobi dan stesen minyak (kecuali di lebuh raya).

Sebelum ini, perniagaan dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Perniagaan pasar malam pula dibenarkan beroperasi dari 4 petang ke 10 malam, kata menteri kanan.

Sementara itu, kata Ismail kapasiti pengangkutan awam seperti bas, komuter dan LRT juga akan dikurangkan menjadi 50 peratus kapasiti penumpang saja.

Menurutnya lagi, sekiranya kes Covid-19 dapat diturunkan, kerajaan akan melonggarkan SOP semula.

"Seperti dulu, daripada SOP yang ketat PKP 1.0 bila keadaan terkawal turun kepada PKPB, kemudian turun lagi kepada PKPP yang lebih longgar.

"Apabila turun kes, kita akan buka semula, apabila naik kes kita tutup semula. Jadi buka tutup, buka tutup ini akan berterusan," jelasnya lagi.

Ismail berkata SOP terperinci dapat diakses melalui laman sesawang kementerian berkaitan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tiada ulasan: