PETALING JAYA – Tangkap layar sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berlangsung melalui aplikasi Google Meet seolah-olah menunjukkan petanda digodam ejen perisik Israel seorang guru tular di media sosial hari ini.
Begitupun, guru tersebut, Hairere Shuaib dari sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak mengesahkan, ia hanya gurauan daripada anak muridnya sendiri.
Guru Matematik tingkatan 5 itu berkata, perkara tersebut berlaku di luar jangkaan dan beliau berharap orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata kecaman kepada murid tersebut yang sudah pun mengakui kesilapan dirinya.
“Mohon maaf jika ada yang dah tular atau sebarkan kepada pihak lain. Memang ramai yang prihatin untuk sebarkan perkara ni. Tujuan saya ‘post’ untuk kita, khasnya rakan-rakan guru mengambil langkah berjaga-jaga.
“Memang di luar jangkaan saya, anak murid bergurau ke tahap begini dan tak sangka, saya sendiri yang terkena. Kadang-kadang pemikiran remaja sekarang berada di luar jangkaan kita. Mohon maaf sekali lagi,” kata guru tersebut ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan semula PdPR selepas cuti
sempena Hari Raya Aidilfitri seperti yang diumumkan Kementerian
Pendidikan baru-baru ini bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di
semua sekolah seluruh negara. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan