Ahad, 16 Mei 2021

Masjid Al-Aqsa ‘garisan merah’ tidak boleh disentuh Israel

fazleensafina

Pemimpin Hamas beri amaran kepada Netanyahu jangan bermain api

DOHA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amaran kepada negara haram Israel supaya tidak menyentuh Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata, masjid berkenaan merupakan kiblat, identiti, kepercayaan serta pencetus revolusi bagi umat Islam.

Dalam satu sidang video di Doha, Qatar, Ismail berkata, Masjid Al-Aqsa adalah ‘garis merah’ kumpulan itu selain memberi amaran kepada pemimpin Yahudi, Benjamin Netanyahu untuk tidak bermain dengan api.

“Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa menjadi dasar perjuangan menentang Zionis,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Qatar kerana membantu rakyat Palestin.

Negara haram Israel telah melakukan serangan di Semenanjung Gaza dalam serangan udara sejak 10 Mei lalu, yang membunuh sekurang-kurangnya 139 orang termasuk 39 kanak-kanak, 22 wanita manakala 950 orang lagi cedera.

Kira-kira empat bangunan bertingkat juga musnah dalam serangan udara di wilayah Palestin yang diduduki. – Agensi

Tiada ulasan: