Selasa, 18 Mei 2021

Korban Covid-19 catat angka tertinggi sebanyak 47

Pesakit tertua meninggal dunia berusia 94 tahun di Perak, dan paling muda berusia 33 tahun.

Korban Covid-19 di Malaysia mencecah angka 47, sebuah catatan tertinggi hari ini dengan angka kes baru mendekati 5,000 jangkitan dilaporkan di seluruh negara.

18 kematian dilaporkan di Selangor, lima di Sarawak dan Pulau Pinang. Sementara Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan melaporkan empat korban.

Perak melaporkan tiga kematian, Pahang (2) sementara Kedah dan Negeri Sembilan mencatatkan satu kematian.

Korban paling tua berusia 94 tahun di Perak yang menghidap penyakit darah tinggi sementara pesakit paling muda meninggal dunia berusia 33 tahun di Kelantan yang menghidap asma dan obesiti.

Selangor melaporkan sejumlah 1,743 kes harian ketika kes kumulatif negara mencatat 4,865.

Sarawak mencatat angka kes harian tertinggi sebanyak 512.

Sementara itu 3,497 pesakit sembuh dilaporkan dan dibenarkan pulang, selain 531 kekal di ICU dengan 277 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kematian akibat Covid-19 hari ini mencatat angka 1,994.

19 kluster baru turut dikesan di Johor, Selangor, Penang, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak and Perak.

Tiada ulasan: