Selasa, 18 Mei 2021

Habeas corpus tak ganggu siasatan ‘Geng Nicky’

Nicky, 33, yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group yang 
berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor, menjadi buruan polis selepas 
68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu.

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan permohonan habeas corpus (penahanan salah) dibuat beberapa peguam terhadap individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA, tidak akan mengganggu siasatan.

Beliau berkata, tindakan mahu mempersoal, saman, dan habeas corpus adalah hak masing-masing.

“Tidak (mengganggu siasatan). Itu hak mereka nak persoal ke saman ke buat habeas corpus ke. Kami (polis) jalankan siasatan ikut undang-undang yang ada,” katanya pada sidang media.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tiada ulasan: