PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,519 kes baharu Covid-19 dengan 25 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes sembuh mencatat 2,719, menjadikan jumlah mereka yang bebas daripada Covid-19 adalah 398,723.
Dalam sidang media hari ini, Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini berjumlah 436,944.
Terdapat 36,564 kes aktif dengan 210 daripada 393 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, 25 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 1,657.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan