Rabu, 5 Mei 2021

Beg untuk bawa ikan peliharaan jalan-jalan

 Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran

KATSUGYO boleh menyimpan ikan hidup dan dibawa ke mana sahaja. - AGENSI

TOKYO: Sebuah syarikat dari Jepun sedang menghasilkan beg kelihatan seperti bekas yang boleh menyimpan ikan hidup bagi membolehkan haiwan peliharaan itu dibawa ke mana sahaja.

Dikenali dengan nama katsugyo, bekas ikan mudah alih ini berbentuk seperti tiub panjang dengan bahagian tengahnya yang lutsinar

Lapor Oddity Central, bekas itu turut dilengkapi dengan pemegang serta sebuah alat pengukur bagi memantau tahap oksigen dalam air.   

Bekas ikan itu yang dibangunkan oleh syarikat Ma Corporation, menampilkan alternatif yang lebih elegan, cekap dan mesra alam berbanding cara tradisional penggunaan beg plastik berisi air. 

Ketika ini, katsugyo masih dalam proses penghasilan.

Pereka beg tersebut sedang menguji inovasi itu dengan pelbagai jenis ikan termasuk yang boleh dimakan serta mendokumentasikan setiap eksperimen di laman Instagram.

Beberapa gambar dan video mengenai beg katsugyo yang dimuat naik di laman media sosial, menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Rata-rata pengguna laman media sosial menunjukkan minat terhadap beg itu dengan ada dalam kalangan mereka mahu mengetahui harga selain menyatakan sokongan terhadap projek tersebut.    UTUSAN

Tiada ulasan: