Jumaat, 7 Mei 2021

70,000 pelajar IPT mula pulang secara berperingkat esok

 Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kira-kira 70,000 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) akan pulang ke rumah secara berperingkat sempena cuti perayaan, Hari Raya Aidilfitri bermula esok.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pergerakan pelajar pulang ke rumah sempena cuti perayaan itu dibuat secara berperingkat sehingga 12 Mei depan.

“Angka ini lebih rendah daripada unjuran awal kementerian iaitu sebanyak 103,994 pelajar sebelum ini.

“Berdasarkan maklumat, jumlah keseluruhan pelajar di IPT adalah seramai 1.3 juta pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Noraini berkesempatan membuat lawatan ke bilik gerakan KPT bagi melihat persiapan dan persediaan IPT untuk pergerakan esok.

Sehubungan itu, beliau berharap semua yang telah diatur akan berjalan dengan lancar.

“Kami di KPT mahu pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang ke rumah dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya. – K! ONLINE

Tiada ulasan: