Ahad, 23 Mei 2021

49 kematian, pesakit COVID-19 di ICU menghampiri 700 orang

MESKI PUN bukan rekod, namun jumlah kematian akibat COVID-19 hari ini kekal tinggi dengan 49 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 kini menjadi sebanyak 2,248 kes.

Daripada jumlah kematian hari ini, satu ke melibatkan bukan warganegara.

Jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 yang pernah direkodkan adalah pada 20 Mei lalu membabitkan 59 korban.

Turut membimbangkan melihatkan angka individu positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada 652 kes di ICU semalam, jumlah tersebut bertambah 681 kes hari ini.

Hari ini juga menyaksikan 361 kes COVID-19 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 49 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini./ Infografik KKM

Baca artikel berkaitan: Baru 3 hari, hari ini rekod lagi dengan 6,976 kes baharu

REKOD!! 59 lagi kematian, 587 di ICU, 33O perlu ventilator

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,587 kes sembuh dilaporkan hari ini berbanding 6,976 penularan baharu.

Katanya, perkembangan ini menjadikan kes aktif kini menjadi sebanyak 57,022.

Kes COVID-19 keseluruhan di Malaysia kini melepasi angka setengah juta semalam dengan terkini berjumlah 512,091.

Untuk rekod, bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 yang perlu dirawat di ICU, kerajaan telah mengambil langkah segera dengan mewujudkan wad medan ICU di Kepala Batas menerusi penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil alih hospital yang baru siap untuk digunakan bagi tujuan rawatan pesakit COVID-19.

Tiada ulasan: