Oleh ROSALINDA MD. SAID
KUALA TERENGGANU: Gedung tekstil terkenal negara, Jakel cawangan Gong Badak di Kuala Nerus diarahkan tutup 14 hari berikutan 17 kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangannya.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan sementara Jakel Trading Sdn. Bhd. cawangan berkenaan berkuatkuasa semalam hingga 6 Jun ini.
Katanya, langkah itu dibuat bagi mengelakkan perebakan penyakit berjangkit.
“Arahan penutupan adalah mengikut Seksyen 18 (1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan