Thursday, February 18, 2021

Tahukah anda bagaimana perjalanan vaksin COVID-19 ke Malaysia?

perjalanan vaksin

VAKSIN yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada Ahad ini (21 Februari) dan ‘roll-out’ pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula lima hari kemudian.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan baru-baru ini berkata beliau sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari program imunisasi itu bermula pada 26 Februari bersama-sama petugas barisan hadapan.

“Seperti yang telah diumumkan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021,” katanya pada majlis pelancaran buku panduan itu. 

BERITA BERKAITAN Vaksin COVID-19 tiba di Malaysia Ahad ini, suntikan bermula 26 Feb – Muhyiddin

Beliau berkata, fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

Bagaimamanapun, tahukah anda bagaimana proses vaksin itu dicipta sebelum ia boleh dihantar ke Malaysia untuk digunakan oleh rakyat negara ini? Kementerian Kesihatan mengeluarkan carta aliran vaksin itu hari ini untuk pengetahuan rakyat.– Utusan TV

No comments: