Thursday, February 18, 2021

Rimbunan pokok wanita sembahyang

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
SEBATANG pokok yang mana rimbunannya seakan-akan seorang wanita sedang bersembahyang berhampiran Masjid Jeransang di Lipis, Pahang.

LIPIS: Keadaan sebatang pokok yang rimbun menyerupai susuk tubuh seakan-akan seorang wanita sedang bersembahyang berhampiran Masjid Jeransang di sini menarik perhatian orang ramai.

Ketua Kampung Jerangsang, Halimi Zainuddin berkata, rimbunan pokok yang seolah-olah manusia sedang berdiri itu disedari sejak pertengahan tahun lalu lagi oleh jemaah masjid berkenaan.

“Sebenarnya ia adalah pokok langsat mati yang ditutupi rimbunan kekacang menjalar yang menyerupai susuk tubuh manusia sedang mengadap kiblat.

“Boleh dikatakan orang ramai yang datang ke masjid sentiasa menegur menyatakan ia macam orang sedang sembahyang,” katanya di sini hari ini.

Halimi berkata, rimbunan itu berada di atas tanah seorang penduduk kampung yang terletak kira-kira lima meter daripada masjid berkenaan.

“Rimbunan pokok itu begitu jelas seperti tubuh seorang wanita berdiri terutama ketika waktu senja.

“Setakat ini ia hanya mendapat perhatian orang ramai dan tiada aktiviti khurafat yang dilakukan,” ujarnya

No comments: