Bernama
Persatuan
Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia memohon semua
pengusaha pusat
tuisyen sentiasa mengikut dan mematuhi SOP kerana
penularan COVID-19
masih belum berakhir. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Pengusaha pusat tuisyen diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan apabila memulakan operasi pada 8 Mac
depan.
Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen
Muslim Malaysia Mohd Noor Shafizzal Termizi berkata berkata pihaknya
menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan semalam mengenai
pembukaan institusi itu.
"Syukur
Alhamdulillah, pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua
pengusaha pusat tuisyen seluruh negara. Semoga ia dapat memberi sinar
baharu kepada semua pengusaha yang terjejas.
"Walaupun
statistik COVID-19 nampak terkawal dalam tempoh dua minggu ini namun
kita tidak harus leka. Jadi saya mohon semua pengusaha pusat tuisyen
sentiasa mengikut dan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan. Penularannya
masih belum berakhir," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Menteri
Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengumumkan pembukaan
sesi persekolahan secara bersemuka bermula 1 Mac depan manakala
institusi pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen akan
dibuka pada 8 Mac.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment