Bernama
Luqman
berkata fatwa itu diputuskan setelah melalui pelbagai proses
perbincangan bersama pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang
masing-masing. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai
resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam (MKI) pada 3 Dis lepas yang mengambil ketetapan bahawa hukum
penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan
yang ditetapkan kerajaan.
Mufti Wilayah
Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata
PMWP menyokong sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan yang dijangka bermula penghujung Februari ini.
"Dari
aspek kepenggunaan pula, katanya hukum harus itu turut diputuskan
selepas mengambil kira pendirian tegas kerajaan bahawa hanya vaksin yang
telah dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang
akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan ini," katanya.
Luqman berkata
keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum
Syarak Wilayah Persekutuan pada Khamis lepas yang diadakan renteran
timbulnya pelbagai kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung
pengambilan vaksin itu.
Sehubungan
itu, katanya PMWP menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di
Wilayah Persekutuan agar menghormati fatwa yang telah diputuskan
berhubung pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Luqman
berkata fatwa itu diputuskan setelah melalui pelbagai proses
perbincangan bersama pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang
masing-masing.
"Tambahan pula, ia juga
satu daripada usaha kerajaan dalam memastikan Malaysia berjaya
mengharungi krisis COVID-19 ini dengan lebih efisyen," katanya.
Justeru,
beliau mengajak umat Islam agar menjadikan fatwa itu sebagai rujukan
utama khususnya bagi mendukung usaha pemimpin negara untuk memerangi
pandemik ini dengan lebih berkesan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment