Bernama
Majlis
pelancaran dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan secara
langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen
televisyen
tempatan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melancarkan Buku Panduan
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, mengandungi pelbagai
maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan
negara berikutan pandemik COVID-19.
Majlis
pelancaran berkenaan dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan
secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen
televisyen tempatan negara.
Orang
ramai juga boleh membaca buku panduan berkenaan menerusi laman web yang
akan dilancarkan serentak dengan pelancaran buku berkenaan.
Kandungan
buku berkenaan antara lain mengandungi jenis-jenis vaksin yang
digunakan kerajaan, fasiliti disediakan untuk menyimpan vaksin di
seluruh negara, pengambilan vaksin dari sudut pandangan agama serta
panduan imunisasi.
Semalam
menerusi infografik yang dimuat naik oleh Jawatankuasa Khas Jaminan
Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pelan imunisasi itu merangkumi
penerangan mengenai empat komponen utama iaitu bekalan vaksin, kumpulan
sasaran fasa pemberian vaksin, lokasi dan kaedah pelaksanaan program
serta tenaga kerja pelaksanaan program imunisasi berkenaan.
Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara tiga fasa mulai
hujung bulan ini, dengan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara
ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan
secara percuma.
Proses pendaftaran
sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka
bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment