KUANTAN: Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, dekat sini melepasi paras bahaya, manakala empat lagi sungai di Pahang, masing-masing berada pada paras amaran dan berjaga-jaga, pagi ini.
Menurut laporan infobanjir.water.gov.my setakat 6 pagi ini, Sungai Lepar mencecah 30.16 meter (m) berbanding paras bahaya 30 m manakala, Sungai Lembing merekodkan 35.90 m berbanding paras amaran 35 m.
Tiga sungai yang melepasi paras berjaga-jaga pula ialah Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran yang mencatat 17.32 m, Sungai Belat, Sri Damai, (3.36 m) dan Sungai Lipis di Batu Talam, Raub (114 m).
Jabatan Meteorologi Malaysia juga hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin.
Hujan lebat iaitu amaran cuaca buruk dijangka berterusan di daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera manakala, amaran cuaca waspada di Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.
No comments:
Post a Comment