KUALA LUMPUR – Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejasnya sumber pendapatan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat.
Bagaimanapun, pengeluaran itu wajib dizakatkan jika pemohon melakukan pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar dalam keadaan pilihan kerana masih mempunyai sumber pendapatan yang mampu menanggung keperluan hidup asasi.
Penjelasan itu dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui hantaran di Facebooknya.
Menurut LZS, berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP memaklumkan pengeluaran yang mencapai umur 55 tahun wajib zakat ke atas jumlah wang yang dikeluarkan.
Oleh itu, setiap pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar wajib dizakatkan sekiranya memenuhi syarat-syarat. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment