Afiezy Azaman
Antara barangan dirampas dalam serbuan. -PDRM
KUALA LUMPUR:
Polis menahan empat warga asing terlibat dalam sindiket perjudian dalam
talian di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, ibu negara.
Menurut
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, serbuan
pertama membabitkan penahanan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34
tahun.
“Kemudian, polis menyerbu pula kediaman lain dan menahan pasangan warga Indonesia berusia 20 dan 22 tahun.
“Antara
barangan dirampas dalam kedua serbuan termasuk tiga komputer riba, dua
modem internet, 21 telefon bimbit dan wang tunai RM55,000,” katanya
dalam satu kenyataan, pada lewat malam Rabu.
Anuar berkata, hasil siasatan mendapati kesemua suspek disyaki terlibat kes judi dalam talian.
Mereka kini ditahan reman mengikut Seksyen 4 (1)(C) Akta judi rumah terbuka 1953 dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
No comments:
Post a Comment