Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
Waris
enggan meninggalkan bapa mereka yang mempunyai sejarah penyakit
otak
dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak membawa pulang mayatnya
ke rumah. - Gambar fail
LAHAD DATU:
Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang
dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di
sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata,
kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam apabila petugas hospital menerima
seorang pesakit lelaki yang tidak sedarkan diri dan diasingkan di
khemah pesakit dalam siasatan (PUI).
"Ketika
berada dalam khemah PUI, pesakit berusia 58 tahun terbabit telah
diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) kira-kira 30 minit sebelum
disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Petugas
kesihatan menerangkan prosedur pengurusan jenazah ketika krisis
COVID-19 kepada waris dan keperluan ujian saringan COVID-19 terhadap si
mati bagi mengelakkan sebarang jangkitan," katanya dalam kenyataan malam
ini.
Tambah
Rohan, kesemua waris enggan meninggalkan bapa mereka yang mempunyai
sejarah penyakit otak dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak
membawa pulang mayatnya ke rumah.
"Bertindak atas maklumat dan siasatan, polis berjaya mengesan keberadaan suspek kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama.
"Kesemua
yang ditahan berumur antara 26 hingga 31 tahun terdiri daripada seorang
perempuan dan tiga lelaki yang merupakan anak si mati," katanya.
Jelas
Rohan, kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen
22(b) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
No comments:
Post a Comment