Sunday, October 4, 2020

Lapor Berita Timbalan Menteri Positif Covid 19 Tanpa Rujuk Sumber, Etika Malaysiakini Dipersoal

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR– Kredibiliti media atas talian Malaysiakini terus menjadi persoalan apabila membuat laporan berita menggunakan sumber yang tidak sahih.

Menerusi berita bertajuk “Timbalan menteri positif Covid 19” yang disiarkan pada 3 Oktober 2020 laman berkenaan telah memetik kononnnya Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan telah mengesahkan timbalan menteri berkenaan disahkan positif Covid 19.

Namun Datuk Sumali menerusi akaun tweeternya menafikan perkara tersebut malah mengatakan tiada seorang pun wartawan laman web berkenaan ada menghubungi beliau berkenaan perkara.

Jelas perkara itu telah melanggar etika kewartawanan dan menjadikan kredibiliti laman web berkenaan tidak boleh dipercayai.

Menerusi carian UMNO Online hari ini, berita tersebut jelas telah disunting dengan memadamkan bahagian yang memetik sumber dari Datuk Sumali seperti mana yang disiarkan sebelum ini.- UMNO Online

No comments: