Sunday, February 2, 2020

Kematian pertama akibat koronavirus di luar China

   
Orang ramai berebut membeli topeng mulut dan hidung di sebuah  
kedai bekalan perubatan selepas kerajaan Filipina mengesahkan 
 kematian pertama akibat koronavirus di Manila. (Gambar Reuters)


MANILA: Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Wuhan meninggal dunia di Filipina akibat koronavirus, kematian pertama di luar China, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lelaki itu tiba di Filipina pada 21 Jan lalu bersama seorang wanita berusia 38 tahun yang merupakan pesakit pertama disahkan positif koronavirus di negara berkenaan.

Mereka tiba di Manila dari Wuhan melalui Hong Kong, kata Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque dalam taklimat yang disiarkan di televisyen.

Lelaki itu mengalami radang paru-paru terik dan meninggal dunia semalam.

“Ini kematian pertama yang dilaporkan di luar China, tetapi kita perlu mengambil kira ia bukan kes jangkitan tempatan,” kata wakil WHO di Filipina, Rabindra Abeyasinghe.

“Pesakit itu datang dari pusat penularan wabak ini di Wuhan, China yang merekodkan banyak kematian.”

No comments: