Oleh Siti Fatimah Ishak
Jual, pindah milik kepada pihak ketiga bukan penyelesaian bijak
BANGI–
Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) memindah milik operasi empat hotel
kepada pihak ketiga seolah-olah meruntuhkan empayar perniagaan dan
pemilikan aset strategik umat Islam.
Pengerusi
UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, sepatutnya pengurusan tertinggi TH
mengemukakan pelan menyelamat, pengukuhan dan membuat keuntungan
bersifat jangka panjang, termasuk meningkatkan kecekapan organisasi
secara menyeluruh.
Katanya,
tindakan menjual, memindah milik bukan penyelesaian yang bijak, kerana
banyak pertimbangan penting perlu dibuat bagi kepentingan TH dan para
pendeposit.
“Cara
mengurus kewangan dan perakaunan kerajaan PH nampak sangat mudah, jika
rugi jual dan serahkan kepada kerajaan melalui Syarikat Tujuan Khas
(SPV).
“Kes ini
hendak disamakan seperti Dana Harta untuk selamatkan bank daripada
‘loan’ yang gagal. Tapi Tabung Haji tak sama dengan cara operasi bank,
kerana ia melibatkan kepentingan strategik aset umat Islam,” katanya.
Kelmarin,
tular surat ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua
Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR), Zulkefli
Ahmad bertarikh 17 Februari berkaitan penutupan hotel TH.
Dalam
surat itu dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH
Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH
Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi serta
perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.
Surat itu
menyebut, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan
keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan
hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian
Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ).
Selepas
surat tular itu dikritik banyak pihak, TH semalam menjelaskan bahawa
operasi empat buah hotel di bawah THHR yang dipindah milik kepada UJ,
akan diteruskan seperti biasa di bawah pengurusan baharu dan tiada
pekerja yang akan diberhentikan.
Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan TH memindah milik
operasi empat hotel miliknya kepada pihak ketiga disebabkan ia tidak
mendatang hasil.
“Sesetengah
hartanah itu tidak berguna, tidak mendatangkan hasil. Ada cara lain
untuk melaburkan wang bagi mendapatkan keuntungan,” katanya.
No comments:
Post a Comment