Tuesday, February 11, 2020

‘Drama Band tak perlu minta maaf, bukan kamu curi duit rakyat’ – Fahmi

Wartawan MalaysiaGazette
MGF03122019_SIDANG-PARLIMEN26
Fahmi Fadzil


KUALA LUMPUR – Kumpulan Drama Band yang dikritik kerana menyindir orang politik dalam persembahannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak perlu meminta maaf.

Itu kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga Pengarah Komunikasi PKR.

“Drama Band tak perlu mohon maaf. Bukan kamu yang curi duit rakyat,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Semalam, Drama Band memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka dalam AJL kali 34 yang memaparkan badut bagi menggambarkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor.

Bagaimanapun dalam hantaran Fahmi itu turut mengundang kecaman warganet yang menganggap pempin Pakatan Harapan (PH) sengaja memainkan isu Drama Band.

“Sebab dia minta maaf dia tahu orang yang dia minta maaf tak buat salah. Pemimpin PH sudah kepanasan sekarang ini. Isu rakyat tak ke mana, isu Drama Band diketengahkan,” kata Kebebasan Bersuara Era Baru.

Dalam pada itu seorang warganet, Nashy Banna pula memerlinya dengan menulis: “Pak Ya tak perlu mohon maaf. Bukan dia yang kencing rakyat.”

Sebelum itu, pelawak Pak Ya tidak dibenarkan membuat persembahan di Shah Alam gara-gara mengkritik PH dalam satu rancangan realiti sehingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.- MalaysiGazette

No comments: