Monday, February 17, 2020

Agama, bangsa dipijak tapi masih ada kata tak mengapa…

Oleh Siti Fatimah Ishak

 

Ultra kiasu makin 'kuat' sehingga kerajaan terpaksa mengalah


BANGI – “Apa sudah jadi dengan negara, seolah-olah tidak diperintah oleh kerajaan yang sebenar, tetapi oleh ultra kiasu yang tidak pernah setia kepada negara.

“Agama dan bangsa, sudah dilenyek, dipijak, maruah entah di mana. Masih ada sebahagian mengatakan, tidak ada apa-apa. Kita sanggup menikam sesama saudara, demi untuk mengekalkan kuasa bersama ultra kiasu.”

Demikian luahan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah melihat ‘kekusutan’ yang berlaku dalam negara, apabila banyak isu yang berlegar tetapi tidak berpihak kepada Melayu dan Islam.

Beliau berkata, dalam banyak isu Melayu menjadi mangsa, sebaliknya ultra kiasu semakin bermaharajalela sehingga pihak kerajaan terpaksa mengalah.

Ridhuan Tee mengambil contoh insiden yang menimpa saudara Allahyarham Muhammad Adib, sehingga kini, masih tidak ada pembelaan untuk anggota bomba itu.

Begitu juga dengan isu jawi, akhirnya, jawi tinggal jawi, tidak ada satu sekolah Cina yang mengajar jawi di SJKC, katanya.

“Kuil yang sepatutnya berpindah ke tapak telah disediakan, tetap beroperasi dengan megah, semakin aktif, ceria, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Berbeza sekali dengan tahanan ultra kiasu yang mati dalam lokap. Desakan demi desakan dibuat terhadap kerajaan agar pembelaan dibuat terhadap tahanan yang mati dalam lokap, sedangkan mereka yang nak dibela itu adalah penjenayah tegar.

“Dalam maksud, kerajaan terus didesak dan diasak. Akhirnya, kerajaan terpaksa mengalah. Dasar yang sepatutnya dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Justeru, apa yang perlu dibuat Ridhuan Tee berkata, suka atau tidak, ikhlas atau tidak, mahu atau tidak, Muafakat Nasional mesti disokong sepenuhnya sebagai satu cara untuk menyekat kemaraan ultra kiasu.

Namun, melihat kepada tanda-tanda yang ada, terlalu sukar untuk melihat Islam dan Melayu itu mengakar.

“Ultra kiasu dilihat terlalu kuat. Lebih-lebih lagi jika ada Melayu ultra kiasu bersama mereka. Lebih pelik lagi Melayu ultra kiasu di Kelantan turut bersama,” katanya.


No comments: