KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah enggan mengulas berkenaan ura-ura kononnya akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Dengan hanya membalas dalam bahasa Hindi ‘nehi, nehi, nehi’ yang bermaksud ‘tidak ada’, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan itu bertindak menamatkan sidang media yang berlangsung di Wisma Putra hari ini.
Ia sekaligus menyebabkan tiada soalan susulan dapat diajukan wakil media kepada beliau.
“Itu hanya spekulasi,” katanya tatkala beberapa wakil media berusaha mendapatkan penjelasan berhubung senarai nama Kabinet baharu yang tular ketika ini.
BACA: Rombak Kabinet: Mengapa saya perlu risau, kata Menteri Pelancongan
Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum itu membentangkan kad laporan pencapaian 2019 serta hala tuju kementeriannya bagi tahun 2020.
Para pemerhati politik ketika ini memberi gambaran bahawa tindakan Dr Maszlee Malik yang melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan semalam sebagai salah satu indikasi bahawa akan berlakunya rombakan Kabinet.
Maszlee yang menjawat jawatan itu selama 20 bulan melepaskan jawatannya secara rasmi hari ini atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
No comments:
Post a Comment